Projek TMK : Sejarah SK Seksyen 13.

Assalamualaikum. 

Nama : Haarith Bin Hashim
Kelas : 5 Libra
Subjek : Teknologi Maklumat & Komunikasi
Nama Guru : Puan Norhafizah




Sejarah Sekolah Kebangsaan Seksyen 13






Sekolah Kebangsaan Seksyen 13 mula dibina pada tahun 2000 dan siap sepenuhnya pada akhir 2001. Sekolah ini mula beroperasi secara rasmi pada 1 Januari 2002. Seramai 13 orang guru kumpulan pertama telah ditugaskan mengajar di sekolah ini. Seramai 180 orang murid mendaftar sebagai murid kumpulan pertama. Jumlah ini meningkat kepada 396 orang pada akhir Januari 2003.
Guru Besar pertama sekolah ini ialah Puan Normah binti Othman. Beliau mula berkhidmat di sekolah ini pada 1 Disember 2001 dan kekal hingga tahun 2004. Diikuti dengan Pn. Hjh Fazdlon binti Sheikh Amir hingga pencen pada 24 Jun 2008 dan sekarang sekolah ini diterajui oleh Puan Hjh Faridah binti Ramli hingga kini.
En. Zulkifli bin Jusoh telah dilantik sebagai Penolong Kanan Kurikulum yang pertama. Pada tahun 2004 beliau diambil alih oleh Pn. Hjh. Fuziah binti Ibrahim. Pn. Balqis binti Ahmad sebagai Penolong Kanan Hal Ehwal Murid dan pada tahun 2005 jawatan ini dipegang oleh Pn Hjh. Habibah binti Ahmad. Pada Jun 2008 Pn. Akma Zuraida Binti Mat Nordin telah mengambil alih tugas ini. Pada 01 Februari 2010 tempat beliau diterajui oleh Pn.Rafe’ah binti Basri. Penolong Kanan Kokurikulum diterajui oleh En. Abdul Manaf bin Ahmad.
Kini, sekolah ini diterajui oleh Puan Anis binti Iberahim dan ianya dikenali sebagai SK Seksyen 13, Sekolah Kluster Kecemerlangan. 

Walaupun saya hanya baru memasuki sekolah ini pada awal tahun 2017, namun saya amat bangga dan sukakan sekolah ini.


Logo/Lencana Sekolah




Wawasan Sekolah

Berhasrat untuk mendidik dan melahirkan warga SEKOLAH KEBANGSAAN SEKSYEN 13 menjadi insan yang berusaha, berilmu, berdisiplin, berjaya serta mengamalkan akhlak terpuji sepanjang hayat.


Lagu & Ikrar Sekolah

Sekolah Kebangsaan Seksyen Tiga Belas
Berdisiplin, Berkebolehan
Tekun Berusaha, Menimba Ilmu
Berusaha tanpa jemu-jemu
Jati, diri kami
Bersemangat, Berdikari
Etika di amali
Guru dihormati, diri disayangi
Supaya hidup diberkati
Hidup berjasa, hidup harmoni
Berusaha, Berilmu, Berdisiplin, Berjaya
Itulah ikrar kami x3


Ikrar

Bahawa dengan sesungguhnya, kami murid Sekolah Kebangsaan Seksyen 13, dengan jujur dan ikhlas, berikrar dan bersetia akan;

  1. Taat melaksanakan perintah Tuhan
  2. Mematuhi undang-undang, dan peraturan sekolah
  3. Hormat kepada ibu bapa, guru-guru dan rakan
  4. Berazam dan berusaha, menjadi murid yang cemerlang, berakhlak mulia, dan berketerampilan
  5. Sentiasa menjaga, kebersihan dan keindahan sekolah



Moto, Visi & Misi

Motto

Berusaha, Berilmu, Berdisiplin, Berjaya

Misi

Memberi pendidikan berkualiti dalam melahirkan insan seimbang, pengurusan dan warga pendidik professional, prasarana kondusif serta hubungan baik dengan komuniti setempat

Visi

Sekolah Kebangsaan Seksyen 13 cemerlang dan unggul.


Tamat.








Comments

Popular Posts